PRN Johor: Ahmad Zahid berjaya imbangi hubungan Persekutuan, negeri – Sumali

PRN Johor: Ahmad Zahid berjaya imbangi hubungan Persekutuan, negeri – Sumali

PONTIAN – Kepimpinan Timbalan Perdagangan Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disifatkan berjaya mengimbangi hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri meskipun berlaku pertandingan antara parti-parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Calon BN, DUN Benut, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, situasi itu membuktikan landskap politik negara kini semakin matang apabila persaingan di peringkat negeri tidak menjejaskan kerjasama yang terjalin dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Soal negeri harus diasingkan dengan kerajaan keseluruhan. Sama ada bertembung atau tidak bertembung, kita kena faham bahawa keadaan politik sekarang berlaku sebegitu,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama (BGU) DUN Benut di Kampung Parit Ismail, Benut di sini, pada Rabu.

DUN Benut menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Amanah Negara, Abdul Razak Ismail dengan Mohd Sumali.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri’

DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum – PM

Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

‘Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor’

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor – Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan – Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

Benut disandang bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad sejak 2008 merupakan kawasan tradisi Benut.

Mengulas lanjut, Sumali berkata, kehadiran Ahmad Zahid yang turun padang secara konsisten sepanjang tempoh kempen menunjukkan kesungguhan kepimpinan BN.

“Sebab ini adalah pilihan raya negeri yang pertama selepas Sabah, saya ingat ini adalah indikator yang orang nak lihat ke arah mana sokongan pengundi bergerak mengikut situasi semasa,” katanya lagi.

Beliau berkata, Ahmad Zahid bukan sahaja memainkan peranan sebagai presiden parti dalam memperkukuh jentera pilihan raya, malah membawa mesej dasar dan pencapaian kerajaan kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

Menurut Sumali, pendekatan itu melengkapkan hubungan antara kepimpinan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pentadbiran Johor yang diterajui Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Dalam pada itu, beliau mempertahankan kepimpinan Onn Hafiz yang menurutnya berjaya menarik pelaburan serta memperkenalkan pelbagai dasar dan bantuan yang memberi manfaat kepada rakyat Johor.

“Ramai orang sukakan Menteri Besar Johor. Seorang pemimpin muda yang mempunyai visi yang luas dan jauh,” katanya lagi

 

Scroll to Top