Foxborough: Perancis melakukan perubahan taktikal apabila menurunkan pemain tengah menyerang, Desire Doue dalam kesebelasan utama bagi aksi suku akhir Piala Dunia menentang Maghribi, sebentar lagi.
Jurulatih, Didier Deschamps memilih untuk mengetepikan Bradley Barcola ke bangku simpanan ketika juara dunia 2018 itu memburu tiket ke separuh akhir.
Dalam pertemuan ulangan separuh akhir Piala Dunia 2022 itu, kesebelasan utama Perancis hampir tidak berubah berbanding kemenangan 1-0 ke atas Paraguay pada pusingan 16 terakhir dengan Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele mengetuai jentera serangan, disokong Michael Olise.
Maghribi pula turun tanpa penyerang utama, Ismael Saibari yang mengalami kecederaan pada perlawanan terdahulu.
Jurulatih, Mohamed Ouahbi membuat dua pertukaran dengan memasukkan pertahanan, Anass Salah Eddine serta pemain tengah, Chemsdine Talbi, manakala Brahim Diaz akan berperanan sebagai penyerang tunggal.
Pemenang perlawanan ini akan menentang Sepanyol atau Belgium di separuh akhir.
Kesebelasan utama Perancis:Mike Maignan; Jules Kounde, Dayot Upamecano, William Saliba, Lucas Digne; Manu Kone, Adrien Rabiot; Ousmane Dembele, Michael Olise, Desire Doue; Kylian Mbappe
Kesebelasan utama Maghribi:Yassine Bounou; Achraf Hakimi, Issa Diop, Noussair Mazraoui, Anass Salah Eddine; Neil El Aynaoui, Chemsdine Talbi, Ayyoub Bouaddi, Azzedine Ounahi, Bilal El Khannouss; Brahim Diaz.
© New Straits Times Press (M) Bhd




