Pengadil perlawanan Belgium-Perancis ‘gila’ kad kuning

Pengadil perlawanan Belgium-Perancis ‘gila’ kad kuning

PENGADIL England, Michael Oliver bakal menjadi tumpuan apabila diberi tanggungjawab mengendalikan aksi suku akhir Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Belgium pada awal pagi Sabtu (3 pagi waktu Malaysia).

Oliver, 41, bersama pembantu pengadil Stuart Burt dan James Mainwaring akan bertugas dalam pertemuan lapan terbaik di Los Angeles, manakala Ramon Abatti dan Rafael Alves dari Brazil masing-masing dilantik sebagai pengadil keempat serta pembantu pengadil simpanan.

Menjelang perlawanan penting itu, Oliver hadir dengan rekod disiplin yang mencuri perhatian apabila sudah melayangkan 15 kad kuning dalam tiga aksi terdahulu sepanjang kejohanan.

Jumlah tertinggi direkodkan ketika pertemuan pusingan 32 antara Kanada dan Maghribi apabila beliau mengeluarkan lapan kad kuning dalam satu perlawanan.

Selain aksi berkenaan, Oliver turut mengendalikan perlawanan Belanda menentang Sweden serta Norway bertemu Perancis sebelum diberikan kepercayaan mengadili pertemuan suku akhir Sepanyol-Belgium.

Aksi di Los Angeles itu turut mencipta sejarah buat Oliver apabila beliau bakal menjadi pengadil England dengan jumlah perlawanan Piala Dunia terbanyak iaitu tujuh aksi, mengatasi rekod pengadil legenda, Howard Webb dan Arthur Ellis.

Scroll to Top