Anwar Ibrahim Akui Lebih Selamat Berkawan Dengan DAP

Anwar Ibrahim Akui Lebih Selamat Berkawan Dengan DAP

Trending

Anwar DAP jadi tumpuan selepas PM jawab dakwaan alat Cina dan sentuh isu UEC, UTAR serta tanah rizab Melayu.


Isu Anwar Ibrahim DAP kembali jadi perhatian selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab dakwaan yang melabelkan dirinya sebagai alat Cina.

Dalam ucapannya, Anwar menegaskan tuduhan itu tidak berasas dan menjelaskan kerjasama beliau dengan DAP dibuat atas keyakinan terhadap integriti pemimpin parti berkenaan.

Anwar Ibrahim jawab dakwaan jadi alat Cina

Kredit Foto DAP

Memetik laporan Malaysia Gazette, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata beliau tidak gentar dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Anwar turut membangkitkan soal tanah rizab Melayu dan menegaskan kerajaan pimpinannya telah memulihkan 50 hektar tanah rizab Melayu buat kali pertama dalam sejarah.

Negara ini boleh selamat dan boleh hebat. Syaratnya, hentikan rasisme, sikap pelampau.- Katanya.

Turut sentuh isu UEC dan UTAR

Anwar berkata Kerajaan Madani turut berjaya menyelesaikan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu atau UEC yang menurutnya sudah berlarutan selama beberapa dekad.

Beliau turut menyentuh mengenai bantuan kepada UTAR dan menjelaskan sokongan terhadap institusi pendidikan itu dibuat kerana ia memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu dan Cina.

Kritikan dalam gabungan kerajaan

Ohmedia anwaribrahim johor
Kredit Foto Janaan AI

Dalam masa sama, Anwar mengakui sebelum ini beliau cuba mengelak daripada mengulas isu melibatkan parti dalam gabungan kerajaan demi menjaga kestabilan negara.

Namun, beliau memilih untuk menjawab selepas menerima kritikan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata kelulusan pelanjutan pelepasan cukai selama 10 tahun kepada TAR UMT dibuat hasil usaha yang diperjuangkan MCA sejak sekian lama.

Pssttt! Dalam politik ni, tuduh-menuduh memang boleh jadi panas sekelip mata. Tapi yang rakyat nak tengok akhirnya tetap sama, siapa yang benar-benar selesaikan masalah dan bawa manfaat untuk semua.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top