Oh! Negara
SPRM kesan saksi kes rasuah di Sibu, orang ramai diminta salur maklumat kepada pegawai penyiasat.
SPRM kini sedang mencari seorang lelaki tempatan bagi membantu proses perbicaraan satu kes rasuah di mahkamah.
Individu berkenaan diperlukan sebagai saksi di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Sibu, Sarawak pada pertengahan Julai ini.
SPRM kesan saksi bernama Mohd Hafiz Abdul Rahman

Dalam satu kenyataan, SPRM memaklumkan lelaki yang dicari ialah Mohd Hafiz Abdul Rahman, 44 tahun.
Alamat terakhir individu tersebut adalah di Kuarters IPD Sibu, Sarawak. Menurut SPRM, kehadiran lelaki itu diperlukan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Individu ini dikehendaki hadir sebagai saksi perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Sibu, Sarawak pada 13 hingga 15 Julai 2026.- Katanya.
Orang ramai diminta bantu

SPRM turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu berkenaan tampil membantu. Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Jamal Ayub di talian 019-8553450.
Selain itu, orang ramai juga boleh menghantar maklumat melalui emel [email protected].
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Buat masa ini, SPRM hanya memaklumkan bahawa individu terbabit diperlukan sebagai saksi perbicaraan.
Jadi, kalau korang ada sebarang maklumat yang boleh membantu, eloklah salurkan terus kepada pihak berkuasa.
Pssttt! Kalau ada maklumat berkaitan kes macam ni, jangan simpan sendiri ya. Kadang-kadang satu maklumat kecil pun boleh bantu proses keadilan berjalan dengan lebih lancar.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




