DOHA: Kerajaan Qatar pada Ahad mengumumkan kemangkatan bekas pemerintah negara itu, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, yang memimpin Qatar dari 1995 hingga 2013.
“Dengan hati yang reda menerima ketentuan dan takdir Allah, Pejabat Emir meratapi kehilangan besar buat negara atas pemergian Almarhum. Semoga Allah merahmatinya,” menurut kenyataan yang disiarkan oleh Pejabat Emir menerusi media sosial.
Sheikh Hamad dianggap sebagai antara tokoh utama yang membentuk Qatar moden dan memimpin negara itu ketika tempoh pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Sepanjang pemerintahannya, saluran penyiaran antarabangsa Al Jazeera dilancarkan pada 1996 susulan satu dekri yang dikeluarkan oleh bekas emir itu. – AFP




