Gol kontroversi Bellingham sah

Gol kontroversi Bellingham sah

PERSEKUTUAN Blasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan gol penyamaan Jude Bellingham ketika England menewaskan Norway 2-1 dalam aksi suku akhir Piala Dunia 2026 adalah sah, sekali gus menafikan dakwaan bola terkena kabel kamera sebelum jaringan itu tercipta.

Gol Bellingham pada masa kecederaan babak pertama mencetuskan bantahan Stale Solbakken serta pemain Norway yang mendakwa bola berubah arah selepas terkena kabel di udara sebelum jatuh ke laluan Elliot Anderson yang memulakan gerakan serangan England.

Solbakken kemudian mempersoalkan keputusan pengadil Perancis, Clement Turpin kerana tidak menghentikan permainan, sedangkan mengikut undang-undang permainan, aksi sepatutnya dihentikan sekiranya bola terkena objek luar.

Bagaimanapun, FIFA tampil memberikan penjelasan selepas analisis menerusi teknologi sensor cip dalam bola mendapati tiada bukti berlaku sentuhan dengan kabel tersebut.

“Sensor dalam bola bersambung tidak mengesan sebarang perubahan pada ‘degupan jantung bola’ ketika berada di udara. Oleh itu, tiada bukti bola terkena kabel atas padang dan mengubah pergerakannya,” kata FIFA dalam kenyataan.

Teknologi sama sebelum ini digunakan dalam kejohanan itu apabila membantu mengesahkan keputusan membatalkan gol dalam aksi kalah mati membabitkan Croatia dan Portugal.

Gol Bellingham itu menjadi detik penting kebangkitan England selepas ketinggalan sebelum Three Lions akhirnya menewaskan Norway 2-1 menerusi jaringan kedua peribadi pemain Real Madrid itu pada masa tambahan.

 

 

Scroll to Top