Messi hadiah jersi kepada Baggio

Messi hadiah jersi kepada Baggio

Kansas City, Amerika Syarikat: Lionel Messi sekali lagi mencuri perhatian, kali ini di luar padang apabila menghadiahkan jersi yang dipakainya ketika Argentina menewaskan Switzerland 3-1 pada suku akhir Piala Dunia 2026 kepada legenda Itali, Roberto Baggio.

Baggio berkongsi detik istimewa itu menerusi media sosial dengan memuat naik gambar bersama Messi sambil memegang jersi Argentina yang diterimanya.

“Terima kasih Leo atas hadiah berharga ini dan atas kasih sayang anda. Saya sangat menyayangi anda, sahabat saya,” tulis pemenang Ballon d’Or 1993 itu.

Hubungan rapat antara Messi dan Baggio bermula pada 2010 apabila mereka diperkenalkan di Barcelona oleh Pep Guardiola.

Guardiola sebelum itu pernah beraksi bersama Baggio di Brescia, sekali gus menjadi penghubung kepada persahabatan yang berkekalan antara dua ikon bola sepak berkenaan.

Baggio hadir menyaksikan aksi suku akhir berkenaan dan kemudian mengunjungi bilik persalinan Argentina selepas perlawanan, yang mana Messi sendiri menyerahkan jersi yang dipakainya sepanjang perlawanan itu.

Argentina mengesahkan tempat ke separuh akhir hasil jaringan Alexis Mac Allister, Julian Alvarez dan Lautaro Martinez.

Juara bertahan itu akan berdepan England bagi merebut tiket ke final, manakala Messi terus menambah legasinya bukan sahaja menerusi aksi cemerlang di tengah padang, malah melalui sikapnya yang sentiasa menghargai rakan-rakan dalam dunia bola sepak.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top