Kronologi kes Syed Saddiq

Kronologi kes Syed Saddiq

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini, atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU.

Berikut adalah kronologi kes.

22 Julai 2021

Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah RM1 juta dan menyalahgunakan RM120,000 dana Armada untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

5 Ogos 2021

Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan mahkamah membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.

23 Ogos 2021

Syed Saddiq memohon empat pertuduhan yang dihadapinya itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

25 November 2021

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan itu.

19 Januari 2022

Hakim Mohamed Zaini menasihatkan Syed Saddiq agar lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung kesnya.

24 Mac 2022

Pendakwaan kemuka dua pertuduhan pindaan berhubung kes pecah amanah dan menyalahgunakan wang milik ARMADA yang dihadapi Syed Saddiq dan beliau mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan itu.

21 Jun 2022

Perbicaraan hari pertama kes Syed Saddiq yang menghadapi empat pertuduhan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid.

22 Julai 2022

Syed Saddiq sekali lagi memohon mencabar kredibiliti saksi sama (Rafiq Hakim) susulan terdapat beberapa percanggahan dalam keterangan yang direkod oleh SPRM dan keterangan lisannya di mahkamah dan permohonan itu juga tidak dibenarkan.

27 September 2022

Pihak pendakwaan menutup kes itu selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan.

6 Oktober 2022

Pihak pendakwaan dan pembelaan berhujah berhubung empat pertuduhan yang dihadapi Syed Saddiq.

28 Oktober 2022

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas empat pertuduhan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan perkara itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

14 Mac 2023

Selesai pembelaan di Mahkamah Kuala Lumpur.

14 April 2023

Pendakwaan dan pembelaan selesai hujahan dan mahkamah belum lagi menetapkan tarikh bagi keputusan.

21 September 2023

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 9 November 2023 untuk memutuskan sama ada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan atau disabitkan atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

9 November 2023

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dengan dua sebatan, serta denda RM10 juta terhadap Syed Saddiq selepas didapati bersalah terhadap kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram. Bagaimanapun hukuman ditangguhkan sementara rayuan diteruskan.

29 November 2024

Syed Saddiq menerima segala dokumen penghujahan penuh – mengarahkan peguamnya untuk memfailkan rayuan.

12 Disember 2024

Rayuan rasmi difailkan dengan 18 sebab kesilapan undang-undang dan fakta dalam sabitan; rayuan ini menetapkan kes untuk didengar oleh Mahkamah Rayuan.

19 hingga 20 Mac 2025

Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari untuk mendengar rayuan kes Syed Saddiq.

20 Mac 2025

Perbicaraan berlangsung seperti dijadual. Bagaimanapun, batal sebahagian kerana timbalan pendakwa tidak sihat. Proses rayuan ditangguhkan

25 Jun 2025

Syed Saddiq dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana ARMADA.

11 Disember 2025

Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq.

12 Disember 2025

Mahkamah Persekutuan membuat kejutan apabila memberi masa kepada pihak pendakwaan untuk menilai semula rayuannya berhubung keputusan yang membebaskan Syed Saddiq.

17 Disember 2025

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak pendakwaan meneruskan rayuan terhadap pembebasan Syed Saddiq

30 Jun 2026

Mahkamah Persekutuan menangguhkan pendengaran keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq kepada 13 Julai disebabkan seorang dari tiga panel hakim cuti sakit

13 Julai 2026

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan majoriti 2-1 itu, menolak rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq. Beliau kekal bebas daripada empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana ARMADA.

‘Saya sangat bahagia’ – Bella Astillah

‘Saya sudah dapat lampu hijau mama dan buya untuk kahwin’ – Syed Saddiq

‘Saya harap beliau (Syed Saddiq) dapat teruskan perancangan (perkahwinan) sebaiknya’ – Hakim

Syed Saddiq kekal bebas

Keputusan akhir kes Syed Saddiq: Mahkamah mula bersidang

Bella Astillah mohon doa orang ramai demi Syed Saddiq

Syed Saddiq tiba di mahkamah, harap dapat keadilan

Syed Saddiq sumbang nasi lemak, lempeng kepada petugas media di mahkamah

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top