am@hmetro.com.my
Melaka: Seorang lelaki bukan hanya mencabul 10 kannak-kanak di sekitar Duyong dan Telok Mas, malah tergamak meliwat seorang daripada mereka yang dikenali sejak setahun lalu.
Kejadian membabitkan mangsa berusia lapan hingga 13 tahun itu didakwa berlaku antara Mac lalu hingga bulan ini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zulkhairi Mukhtar berkata, suspek adalah seorang peniaga berusia 36 tahun ditangkap oleh orang awam jam 6 petang semalam di Balairaya Taman Desa Duyong sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek terbabit dalam 10 kes amang seksual terhadap 10 kanak-kanak lelaki berusia antara 8 hingga 13 tahun yang berlaku dalam tempoh Mac hingga Julai 2026.
“Kes pertama membabitkan lapan kanak-kanak lelaki berusia antara lapan hingga 12 tahun yang dipercayai berlaku antara Mei hingga awal bulan ini di kawasan taman permainan berhampiran Duyong.
“Modus operandi suspek adalah mendekati mangsa ketika mereka berada di taman permainan atau selepas menunaikan solat di surau sebelum melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa,” katanya dalam kenyataan petang ini.
Beliau berkata, kedua kedua berlaku pada Mac membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang mengenali suspek sejak tahun lalu ekoran sering bertemu di taman permainan dan surau.
“Suspek dipercayai mengambil kesempatan terhadap hubungan itu dengan melakukan amang seksual fizikal serta persetubuhan luar tabii yang dipercayai berlaku pada Mac lalu di rumah suspek.
“Siasatan juga mendapati suspek sekali lagi bertemu mangsa pada 12 Julai lalu,” katanya.
Dzulkhairi berkata, kes ketiga membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dicabul oleh suspek beberapa kali pada 8 dan 9 Julai lalu di Taman Desa Duyong, sebuah pasar raya dan kedai makan di Semabok.
Katanya, suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini hingga 19 Julai bagi membantu siasatan.
Polis membuka siasatan tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
© New Straits Times Press (M) Bhd




