mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Kehilangan seorang warga emas yang tidak pulang selepas pergi ke surau berdekatan rumah di Flat Sri Penara, Cheras sejak Jumaat lalu terjawab apabila dia sebenarnya sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Terdahulu, Mohd Amin Abdul Adil, 63, dikatakan keluar dari rumah hendak ke surau berdekatan pada jam 5.30 petang namun tidak pulang ke rumah.
Penemuan semula Mohd Amin dimaklumkan anaknya, Elvi kepada Harian Metro malam ini selepas bapanya sudah ditemui selamat.
Menurutnya, tengah hari tadi, pihak polis menghubunginya memaklumkan bapanya sudah ditemui sedang menerima rawatan di HKL.
“Ayah rupanya pergi sendiri ke HKL menaiki bas dan tidak memaklumkan kepada kami kerana dia beritahu tidak mahu menyusahkan keluarga.
“Ketika ini mak menjaga ayah di HKL kerana masih menerima rawatan di sana,” katanya.
Hairan Metro semalam melaporkan kehilangan seorang warga emas yang tidak pulang selepas pergi ke surau berdekatan rumah di Flat Sri Penara, Cheras sejak Jumaat lalu menimbulkan tanda tanya keluarga.
© New Straits Times Press (M) Bhd




