AS lancar serangan ke atas sasaran tentera Iran berhampiran Selat Hormuz – Laporan

AS lancar serangan ke atas sasaran tentera Iran berhampiran Selat Hormuz – Laporan

ISTANBUL – Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas sasaran ketenteraan Iran berhampiran Selat Hormuz pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi memetik Axios.

Seorang pegawai AS, Barak Ravid menerusi platform media sosial X berkata, serangan itu menyasarkan sistem peluru berpandu dan pertahanan udara, selain bot-bot kecil milik Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).

Beliau berkata, serangan berkenaan dilancarkan di beberapa lokasi sekitar laluan perairan strategik itu kira-kira sejam sebelum pegawai berkenaan memberikan maklumat terbabit.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh tentera AS atau pihak berkuasa Iran berhubung serangan yang dilaporkan itu. – Bernama

Scroll to Top