'Kita akan usir segera!' – Anwar beri amaran jika ada warga Israel dua kerakyatan di negara ini

'Kita akan usir segera!' – Anwar beri amaran jika ada warga Israel dua kerakyatan di negara ini

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan akan segera mengusir rakyat Israel yang didakwa memiliki dua kewarganegaraan dan menetap di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri dalam nada tegas berkata, Malaysia tidak akan berkompromi dengan keadaan itu, jika dakwaan terbabit terbukti benar.

Beliau juga menegaskan semua agensi berkaitan sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan berkenaan, selain Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijangka memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

“Semua agensi berkaitan (sedang menyiasat dakwaan ini) dan saya percaya Zambry akan beri jawapan. Kita siasat dan tidak izinkan (rakyat Israel menetap di Malaysia) kerana kita tidak iktiraf (Israel).

“Mereka akan diusir segera (jika terbukti dakwaan terbabit benar). Tetapi (dakwaan) ini semua agensi sudah menjalankan siasatan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas gesaan kerajaan Johor yang meminta pihak berkuasa menyiasat komuniti teknologi di Forest City yang dikenali sebagai ‘Network School’ susulan ada dakwaan warga Israel dengan dua kerakyatan menetap di kawasan terbabit.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top