PRN Negeri Sembilan: BERSATU umum calon Jumaat ini

PRN Negeri Sembilan: BERSATU umum calon Jumaat ini

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Petaling Jaya: BERSATU belum memuktamadkan jumlah calon yang akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada 1 Ogos nanti.

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, keputusan itu akan dibuat selepas pihaknya mengadakan mesyuarat hari ini.

“Setakat ini, kami belum ada senarai jumlah kerusi serta calon yang akan bertanding dalam PRN Negeri Sembilan nanti.

“Ia (jumlah calon serta kerusi) akan dimuktamadkan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, esok (Khamis).

“Pengumuman calon dan jumlah kerusi akan diumumkan pada Jumaat ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU malam tadi.

Terdahulu, BERSATU mengumumkan akan menggunakan simbol parti berkenaan bagi PRN Negeri Sembilan ke-16, selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Kerusi Perikatan Nasional (PN) ditangguhkan bagi tempoh masa yang tidak pasti dengan BERSATU tidak dilibatkan dalam sebarang perbincangan pembahagian kerusi PN.

Katanya, Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Kerusi PN untuk PRN Negeri Sembilan yang berlangsung pada 12 Julai lalu terpaksa ditangguhkan kerana PAS mengambil pendirian untuk mengadakan kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top