Kuwait, Qatar tangkis serangan Iran

Kuwait, Qatar tangkis serangan Iran

BANDAR RAYA KUWAIT: Kuwait berkata pada Jumaat bahawa ia sedang bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron, sehari selepas negara Teluk itu berdepan serangan udara dari Iran.

“Pertahanan udara Kuwait kini sedang memintas serangan peluru berpandu dan dron musuh susulan pencerobohan Iran,” menurut kenyataan tentera Kuwait di platform X.

Sementara itu, di Bahrain, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan bahawa siren amaran telah dibunyikan dan menggesa orang ramai supaya segera mendapatkan perlindungan.

Media kerajaan Iran pula melaporkan bahawa tentera republik Islam itu menyasarkan helikopter dan pesawat Amerika Syarikat (AS) di sebuah pangkalan udara di Bahrain sebagai tindak balas terhadap tindakan bermusuhan musuh yang menyasarkan infrastruktur awam dan orang awam yang tidak bersalah.

Qatar pada Jumaat memaklumkan bahawa pihaknya berjaya memintas satu serangan peluru berpandu, selepas wartawan AFP di ibu negara, Doha, melaporkan terdengar beberapa letupan.

“Kementerian Pertahanan Negara Qatar mengumumkan bahawa angkatan tenteranya telah berjaya memintas serangan peluru berpandu yang menyasarkan Qatar,” menurut kementerian itu dalam satu hantaran di platform X. – AFP

 

Scroll to Top