Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz melihat Ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 sebagai satu perkembangan yang meyakinkan dalam usaha penyatuan umat Islam.
Kenyataan beri keyakinan
Menurutnya, ucapan Ahmad Zahid kali ini mengingatkannya kepada kenyataan terdahulu yang turut memberi keyakinan bahawa usaha penyatuan tersebut mampu direalisasikan.
“Ucapan Dato’ Sri Zahid hari ni dulu-dulu ucapan yang meyakinkan ucapan yang amat meyakinkankan kita bahawa penyatuan umat Islam akan berjaya insyaAllah dan kita sedang bersedia untuk ke putrajaya,” ujarnya.
PAs berterima kasih dengan kehadiran UMNO di muktamar tempoh hari
Dalam pada itu, beliau turut yakin bahawa UMNO gembira dengan kehadiran PAS ke PAU 2026 seperti mana parti berkenaan berterima kasih dengan kehadiran UMNO ke muqtamar tempoh hari.
“Sebagaimana kita amat berterima kasih kepada kehadiran UMNO di muktamar kita.
Kita yakin bahawa UMNO juga gembira kita hadir ke sini,” katanya.
Ketika ditanya lanjut mengenai perkara tersebut, Nik Abduh bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas panjang dan menyifatkan dirinya sebagai tetamu pada PAU 2026.
“Cukup ya, cukup ya Jangan banyak-banyak Saya tetamu Okay, terima,” jelasnya.

