Misi Hayat Syam santuni 5,100 penduduk Syria, pelarian Palestin

PETALING JAYA: Seramai 5,100 penduduk Syria dan pelarian Palestin di Lubnan bakal menerima manfaat menerusi Misi Hayat Syam yang dilaksanakan Global Hayat dari 3 hingga 13 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Global Hayat, Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata, misi itu bertujuan menyalurkan sokongan moral dan bantuan fizikal kepada rakyat Syria yang sedang membina semula kehidupan serta menyantuni pelarian Palestin di Lubnan.

Menurutnya, misi berkenaan disertai empat wakil rasmi Global Hayat dan lapan sukarelawan Malaysia dari United Kingdom (UK) di bawah kempen Haqq Initiative.

“Agihan bantuan menyasarkan sembilan lokasi iaitu enam kem di Lubnan membabitkan El Buss, Burj Shemali, Rashidieh, Burj Barajneh, Shatila dan Ein El Hilwah serta tiga kem di Syria iaitu Yarmouk, Asali dan Homs.

“Kehadiran kami ini bukan sekadar membawa bantuan, tetapi sebagai mesej kepedulian dan kebersamaan kita dalam perjuangan membebaskan bumi Syam yang diberkati,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Farhan, antara bantuan yang disalurkan menerusi misi itu ialah 600 kotak makanan, 600 set makanan panas serta 200 beg sekolah berserta kelengkapan persekolahan.

Tambahnya, jamuan khas turut diadakan bersama 200 anak yatim Syria dan Palestin serta sesi ziarah bagi menyantuni 20 anak yatim di bawah tajaan Global Hayat.

“Selepas bertahun-tahun menghadapi krisis dan peperangan, rakyat Syria kini sedang cuba

bangkit semula membina kehidupan baharu,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, rakyat Syria kini sedang berusaha untuk bangkit semula membina kehidupan baharu. 

“Namun, akses kepada keperluan asas kekal menjadi satu cabaran yang besar. 

“Situasi yang sama turut menekan pelarian Palestin di Lubnan yang terpaksa berdepan kesukaran demi kelangsungan hidup,” katanya. –UTUSAN

Scroll to Top