Oh! Negara
Dana Syed Saddiq berjaya mencecah RM361,848 dalam dua hari, sekali gus melepasi sasaran awal RM200,000.
Ramai tak sangka kutipan dana yang dimulakan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat. Dalam tempoh hanya dua hari, jumlah sumbangan yang diterima sudah pun melepasi sasaran asal.
Lebih mengharukan, sokongan yang diberikan bukan sekadar menerusi sumbangan wang, malah kehadiran orang ramai di sepanjang perjalanan turut menjadi pembakar semangat ketika beliau meneruskan larian amal tersebut.
Sasaran RM200k Syed Saddiq berjaya diatasi

Menerusi perkongsian di media sosial, Syed Saddiq memaklumkan jumlah kutipan kini mencecah RM361,848 walaupun sasaran asal hanyalah RM200,000 dalam tempoh empat hari.
RM361,848. Honestly, saya sendiri masih terkejut tengok angka ni. Sasaran asal kita ialah 200,000 dalam masa 4 hari.
Tetapi dalam masa 2 hari sahaja, kita bukan sahaja dah capai, malah dah melebihinya. Alhamdulillah.- Katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua yang menyumbang, berkongsi kempen dan terus memberikan sokongan sepanjang usaha itu dijalankan.
Tetap teruskan walaupun badan cramp

Menurut Syed Saddiq, perjalanan pada hari tersebut bermula dari Labu sebelum melalui Seremban dan Pedas, kemudian berakhir di Kota.
Sepanjang laluan itu, beliau mengakui badannya mengalami kekejangan sehingga ada ketika sukar untuk meneruskan larian. Hujan lebat di Pedas juga tidak menghalang orang ramai daripada menunggu di tepi jalan bagi memberikan kata-kata semangat.
Untuk 3 kilometer terakhir menuju ke Kota, saya dah tak mampu nak berlari dan terpaksa berjalan. Tapi apabila sampai dan nampak lautan manusia menunggu, semangat itu datang balik.- Katanya.
Bantuan kepada rakyat akan digandakan

Syed Saddiq turut berkongsi bahawa sepanjang perjalanan, ramai orang menghulurkan sumbangan secara tunai termasuk ada yang menyumbang hanya 50 sen.
Beliau menjelaskan setiap sumbangan mempunyai nilai yang besar kerana datang daripada hati. Malah, dengan kutipan yang melebihi sasaran, perancangan awal untuk menyediakan foodbank dan iPad bernilai RM200,000 akan diperluaskan supaya lebih ramai keluarga serta pelajar di Muar menerima manfaat.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




