Jerebu tebal jejas persiapan Argentina, Sepanyol

Jerebu tebal jejas persiapan Argentina, Sepanyol

East Hannover: Argentina dan Sepanyol memperkemaskan persiapan menjelang final Piala Dunia di New Jersey ketika jerebu tebal yang berterusan menyelubungi kawasan timur Amerika Syarikat (AS).

Hanya dua perlawanan lagi berbaki daripada keseluruhan 104 aksi dalam kejohanan terbesar yang disertai 48 pasukan itu, termasuk perlawanan penentuan tempat ketiga antara Perancis dan England, beberapa jam lagi.

Argentina diketuai Lionel Messi berusaha menjadi pasukan pertama sejak Brazil pada 1962 yang memenangi Piala Dunia secara berturut-turut, manakala Sepanyol pula cuba menjulang kejuaraan kedua selepas kejayaan sulung mereka pada 2010.

Presiden AS, Donald Trump akan menjadi antara lebih 80,000 penonton di Stadium MetLife di East Rutherford iaitu perlawanan pertama yang beliau hadiri.

Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum turut berkata beliau akan menghadiri perlawanan itu selepas menerima jemputan daripada Trump.

Trump semalam memuji Piala Dunia yang dianjurkan bersama Kanada, Mexico dan AS sebagai ‘acara sukan paling berjaya, mungkin dalam sejarah dunia’ ketika beliau mengadakan majlis sambutan di New York bersama Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.

Infantino turut memberikan pujian tinggi dengan menyatakan kejohanan itu melebihi semua jangkaan.

“Impian Amerika, Presiden, sudah menjadi kenyataan.

“Ini bukan sahaja dan bukan sekadar Piala Dunia terhebat sepanjang zaman. Ia adalah acara kemanusiaan, sosial dan budaya terbesar yang pernah disaksikan oleh manusia,” kata Infantino.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top