“Aku Diam Sebab Nak Jaga Hubungan…Jangan Cuba Uji Saya…”

“Aku Diam Sebab Nak Jaga Hubungan…Jangan Cuba Uji Saya…”

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman berkata dia memilih untuk berdiam diri kerana mahu menjaga hubungan baiknya dengan individu tersebut.

Menerusi hantaran di Threads, Norreen seolah memberi bayangan mengenai kemelut rumah tangganya dengan bekas suami, Razzi Razak.

BACA:  “Saya Rasa Apa Yang Norreen Buat Terbaik Untuk Dirinya” 

Menurut Norreen, dia mendakwa individu tersebut cuba meraih simpati orang ramai serta menggambarnya dirinya sebagai mangsa.

“Aku hanya diam sebab nak jaga hubungan untuk masa hadapan. Tapi awak sengaja cuba buat orang lain puji awak, sedangkan awak sendiri tahu apa yang awak dah buat sepanjang perjalanan kita sebelum ini,” katanya. 

Sementara itu, Norreen turut mempersoalkan beberapa hantaran yang dimuat naik individu berkenaan serta meminta agar tidak menguji kesabarannya. 

“Banyak kali awak cuba tunjukkan dekat orang yang awak adalah mangsa dalam cerita ni. Tidak mengapa. Satu sahaja, “dunia kejam pada lelaki miskin”, “hidup tiada kena mengena dengan aku”… apa benda tu? Patut ke saya bersuara tentang awak? Tak. Tapi jangan cuba uji kesabaran aku,” tulisnya.


Scroll to Top