Pelakon Rozita Che Wan berkata dirinya seorang ibu mentua yang santai serta tidak mahu masuk campur urusan anak sulungnya, Ammar Effendy serta menantu, Auni Yasmin.
Memetik Astro Gempak, Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta berkata dia bersikap santai kerana turut menerima layanan sedemikian daripada bekas ibu mentuanya terdahulu.
BACA: “Moga Ammar Dapat Menjadi Suami Yang Melindungi & Bukan ‘Bossy’” – Che Ta
“Saya mak mentua dari syurga. Saya jenis yang okay sahaja. Sepanjang mereka kahwin, baru hujung minggu ini mereka balik rumah saya. Tapi saya pula tak ada di rumah, Ammar pun sibuk dengan kejohanan golf.
“Saya mak mentua yang chill sebab bekas mak mentua saya dulu sangat chill. Dia ada pembantu rumah, kita nak basuh pinggan pun dia kata tak apa, biar pembantu yang buat,” katanya.
Sementara itu, Che Ta berkata dia mahu menantunya rasa seronok apabila berada di rumahnya dan tiada masalah jika mahu bangun lambat pada hari cuti.
“Kalau cuti, nak bangun lambat, bangunlah. Tak ada apa pun nak buat di rumah saya. Saya cuma buat apa yang saya rasa seronok dulu. Kalau suami tak ada, nak masak ke tak nak masak, nak tidur sampai lambat pun tak ada masalah,” katanya.
Dalam pada itu, Che Ta berkata dia banyak menasihati anak lelakinya berbanding menantu kerana baginya suami memainkan peranan penting dalam rumah tangga bahagia.
“Saya perempuan, jadi saya tahu apa yang kita nak dalam rumah tangga. Saya nasihat Ammar, kalau perangai macam ‘makhluk hampas’, macam mana nak dapat isteri syurga? You kena bagi syurga, baru you dapat syurga. Alhamdulillah Auni budak baik. Yang saya tahu mereka pun solat Subuh berjemaah,” katanya.
Sumber: Astro Gempak




