Oh! Tidak
JPKK Kanchong Darat dan masjid beri amaran kepada pasangan kekasih, arah lelaki keluar serta merta.
Tular satu perkongsian di Facebook memaparkan pihak JPKK Kanchong Darat bersama pihak masjid membuat operasi di sebuah rumah selepas menerima aduan daripada penduduk kampung.
Penduduk membongkar kegiatan sepasang kekasih yang didapati duduk serumah di kawasan kampung.
Amaran keras diberikan

Dalam hantaran yang dimuat naik, pihak JPKK Kanchong Darat memaklumkan bahawa teguran dan amaran keras telah diberikan kepada pasangan berkenaan.
Susulan daripada itu, pihak lelaki difahamkan telah diarahkan untuk keluar daripada rumah tersebut dengan serta-merta.

Selain isu pasangan duduk serumah, beberapa gambar yang dikongsikan turut menarik perhatian apabila kelihatan satu paket tisu Supermagic berada di ruang tamu.
Pihak JPKK dan masjid turut memaklumkan bahawa pemantauan akan diteruskan bagi memastikan nilai serta akhlak masyarakat di Kanchong Darat terus terpelihara.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




