SEREMBAN : Tiada kenaikan cukai pintu dalam tempoh lima tahun antara perkara yang digariskan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan semasa majlis pelancaran manifesto berkenaan di Bandar Sri Sendayan, di sini hari ini.
Manifesto BN sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mengandungi 88 usaha, disusun dalam sembilan teras utama, serta ditambah dengan 15 inisiatif Skim Salam Sejahtera. – UTUSAN




