“Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biarpun Papa Mencari Lagi Empat Orang Tiada, Tak Apa” 

“Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biarpun Papa Mencari Lagi Empat Orang Tiada, Tak Apa” 

Sabtu lalu, berlangsungnya majlis resepsi usahawan Datuk Red bersama isteri tercinta Rohanita menjadi perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Datuk Red mengucapkan terima kasih yang hadir meraikan majlisnya serta menitipkan penghargaan buat isterinya yang tetap setia bersama.

BACA: “Aku Minta Hutang Kena Block” – Individu Dakwa Disekat Datuk Red Lepas Minta Hutang RM40k

@dato..red

*SPONSORSHIPS* *AdeNitaTwenty4Seven* – ?wedding hall : @azzuieenaweddingevent – ?Emcee : @EmceeHidayatSanusi – ?ring : @avenys – ?photographer : @lw_film – ?videographer&photogrpher : kyrolphotography – ?bride assistant :brideassistbybunga *food and baverage* @_manislikeyou (cendol) @sataystation (satay) @s.hamiza (cake) @ctnashrah (icecream) @ain_myid (coffee) @kateringareenaskitchen (ckteow) @najibsbakery @Laksa Selambak

? original sound – abg red – abg red

“Buat isteriku yang tersayang, terima kasih kerana memilih untuk berada di sisi saya, walaupun saya bukan suami yang sempurna. Saat saya jatuh, gagal dan hilang keyakinan pada diri sendiri, awaklah yang bersama dengan saya,” katanya.

Turut menjadi perhatian, Datuk Red meluahkan rasa syukur enam anaknya ada bersama di majlis tersebut namun mencari lagi empat anaknya yang didakwa tidak dapat hadir.

“Buat anak-anak papa, Alhamdulillah enam orang..biar pun papa mencari lagi empat orang tapi tak ada. Tak apa, syukur Alhamdulillah anak-anak saya ada dekat sini dan papa minta maaf semua. Terima kasih hadir. Sayang anak-anak papa,” katanya.


Scroll to Top