Anwar Ibrahim Dedah FELDA Rugi Hampir RM10 Bilion | Oh! Negara – Oh! Media

Anwar Ibrahim Dedah FELDA Rugi Hampir RM10 Bilion | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

FELDA rugi hampir RM10 bilion akibat kelemahan pengurusan dan campur tangan politik, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA pernah muncul sebagai antara syarikat perladangan terbesar dunia dengan keuntungan berbilion ringgit setiap tahun.

Namun hari ini, keadaan itu dikatakan berubah apabila agensi berkenaan berdepan kerugian hampir RM10 bilion.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, laporan yang diterimanya selepas mengambil alih pentadbiran negara menunjukkan FELDA menanggung hutang hampir RM10 bilion sehingga kerajaan terpaksa memikul beban kewangan yang besar setiap tahun.

Campur tangan politik jejaskan FELDA

Kredit Foto EdgeProp

Memetik laporan Harian Metro, Anwar berkata keadaan itu mula berlaku selepas perubahan dalam keputusan pengurusan kira-kira lapan tahun lalu apabila campur tangan politik menjadi semakin ketara.

Lapan tahun yang lalu, timbul perubahan keputusan. Campur tangan politik berlebihan. Akhirnya, yang untung 10 bilion itu sekarang dah rugi.

Saya sekarang ambil alih dan jaga FELDA. Sebab apa? Kali terakhir saya menjadi Perdana Menteri, saya dapat laporan FELDA berhutang hampir RM10 bilion. Ini bukan politik, ini kenyataan.- Katanya.

Pengurusan lama pernah bawa kejayaan

Ohmedia anwar ibrahim israel

Anwar berkata FELDA sebelum ini ditadbir dengan baik ketika diterajui bekas Pengerusi FELDA Tun Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali dan Allahyarham Tan Sri Taib Andak sehingga berjaya menjadi antara syarikat perladangan terbesar dunia dengan keuntungan berbilion ringgit.

Menurutnya, kejayaan itu turut memberi pulangan yang baik kepada keluarga peneroka hasil pembangunan tanah rancangan.

Peneroka tak bekerja kuat? Tidak. Masalahnya orang yang diamanah itu khianat kepada amanah. Ini kenyataan yang ada sekarang.- Jelasnya.

Beliau turut mengingatkan generasi muda supaya mempertahankan keamanan negara dan memastikan unsur yang boleh memecahbelahkan masyarakat tidak terus berleluasa.

Katanya, keselamatan serta kestabilan negara akan terus terjamin sekiranya kepimpinan Melayu, institusi Raja-Raja Melayu dan institusi utama negara terus dipertahankan berasaskan integriti serta amanah.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top