FIFA rancang jual pegangan bernilai RM84.6 billion

FIFA rancang jual pegangan bernilai RM84.6 billion

Zurich: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan merancang menjual pegangan minoriti yang signifikan dalam sebuah entiti komersial baharu yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$20 bilion (RM84.6 bilion), menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Badan induk bola sepak dunia itu kini bekerjasama dengan bank pelaburan JPMorgan bagi mengumpul dana berbilion dolar menerusi kemasukan pelabur luar yang berpotensi memiliki sehingga 20 peratus pegangan dalam entiti baharu berkenaan.

Menurut sumber itu lagi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Liberty Media, Greg Maffei turut terbabit sebagai penasihat komersial dalam proses penubuhan entiti baharu FIFA itu.

FIFA bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi susulan laporan berkenaan.

Laporan awal mengenai rancangan penjualan pegangan itu diterbitkan Financial Times sebelum disahkan kepada Reuters oleh sumber yang rapat dengan perkara berkenaan.

Sekiranya menjadi kenyataan, langkah itu dijangka menjadi antara usaha komersial terbesar pernah dilakukan FIFA bagi memperkukuh kedudukan kewangannya dan menjana sumber pendapatan baharu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top