Individu Kongsi Video Syed Saddiq Henti Larian Untuk Solat

Individu Kongsi Video Syed Saddiq Henti Larian Untuk Solat

Umum mengetahui, minggu lalu Ahli Parlimen Syed Saddiq melakukan Larian Kesyukuran 170 kilometer dari Istana Kehakiman, Putrajaya, ke Muar, Johor sebagai tanda kesyukuran selepas dibebaskan.

Bagaimanapun, ada yang tertanya-tanya bagaimana Syed Saddiq berehat, membersihkan diri serta menunaikan solat. Tidak kurang juga, ada individu mempersoalkan cara Saddiq menunaikan solat ketika larian berkenaan.

BACA: “Boleh Solat On Time..” – Bella Astillah Kongsi Karavan Syed Saddiq, Lengkap Tempat Solat & Tandas

Menjawab hantaran berkenaan, seorang individu berkongsikan klip siaran langsung Syed Saddia ketika dimana tunang kepada Bella Astillah itu menuju ke karavan untuk menunaikan solat serta berehat seketika sebelum menyambung larian.

“Ok saya balas. Saya yg tengok full live dia setiap kali dia buat larian. Dia ada caravan tempat tinggal yang lengkap dengan tempat tidur tandas dapur dan tempat solat.

“Setiap kali masuk waktu dia berhenti rehat untuk solat. Dan dia pandai gunakan waktu. Dia buat larian jam 7 pagi hingga pukul 10-11 berhenti dan sambung balik. Lepas solat Asar..Maghrib berhenti dan sambung balik lepas Isyak. Kalau awak follow dia mesti tahu,” tulis individu itu.


Scroll to Top