Hadi mahu kerjasama BN-PN diperkukuh, sasar kemenangan di Negeri Sembilan

Hadi mahu kerjasama BN-PN diperkukuh, sasar kemenangan di Negeri Sembilan

Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang pertama kali dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan perlu diterjemahkan dengan kemenangan di gelanggang pilihan raya pada 1 Ogos ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan, kerjasama yang terjalin antara kedua-dua gabungan itu bukan sekadar untuk PRN Negeri Sembilan, sebaliknya akan diteruskan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Oleh itu saya harap kerjasama ini supaya betul-betul berlaku. Saya ulangi seruan saya supaya orang-orang PN iaitu Pas dan Wawasan untuk bekerja, juga turun ke kawasan BN, undi BN. Begitu juga orang BN bekerja dan undu di kawasan Pas dan Wawasan bertanding supaya dapat kemenangan.
“Ini mesti dan saya arah orang Pas, kalau di kawasan BN, undi BN dan kerja untuk mereka, Wawasan juga. Ini kerjasama dan ia merupakan strategi baharu yang kita atur, insya-Allah kalau menang di Negeri Sembilan kita akan atur lagi,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Birukan Seremban di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, BN dan PN kini membentuk satu pendekatan politik baharu yang bertujuan membantu menyelesaikan pelbagai permasalahan yang dihadapi negara.

Artikel lain: ‘Gabungan BN-PN ada dua manifesto, mana satu mereka nak pakai?’ – Muhyiddin

“Sebab itu kita ambil langkah, mengkaji semula kesilapan lalu.
“Saya harap semua pihak beri sokongan kepada gabungan ini, kerana ia bukan untuk hari ini sahaja tetapi juga untuk masa hadapan, generasi muda dan untuk semua kaum. Kita mahu hidup dalam masyarakat yang harmoni,” tambahnya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia (Badrul Hafizan Mat Isa)

Scroll to Top