LATEST

Skuad B-16 harap padang cantik

Skuad B-16 harap padang cantik

PETALING JAYA: Pemain tengah skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Dawud Imran Rozlin berharap keadaan padang di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dalam keadaan baik menjelang dua baki aksi kelayakan Kumpulan E Piala Asia B-17.

Menurut Dawud, sekiranya padang dalam keadaan baik, ia akan membantu pasukan negara meraih mata maksimum dalam dua baki perlawanan kelayakan Piala Asia B-17 menentang Guam malam ini dan India pada 20 November

Baca juga: KKM tidak rancang hadkan akses perkhidmatan kesihatan awam kepada Rakyat Malaysia

Selepas meraih tiga mata berharga ketika tewaskan Singapura 2-1, Sabtu lalu, Dawud akui permukaan padang basah dan lecak memberikan sedikit kesan kepada persembahan pasukan.

“Kami memang terkesan apabila mahu melakukan hantaran dan menerima bola kerana keadaan bola licin, selain padang yang becak

“Bagaimanapun, kami cuba mengawal keadaan itu menggunakan teknik masing-masing dan akhirnya berjaya memperoleh kemenangan (ke atas Singapura).

“Harap tiada hujan dan tiada masalah dengan keadaan padang. Kami mahu bermain dengan lancar serta dapat melaksanakan permainan secara taktikal,” katanya.

Selepas mengharungi dua perlawanan awal Kumpulan E, skuad negara yang tewas 0-2 kepada Palestin pada perlawanan pertama kini berada di tangga keempat, berkongsi tiga mata dengan Singapura yang sudah beraksi tiga kali.

Untuk rekod, dalam dua perlawanan sebelum ini, pengendali negara, Shukor Adan mahu anak buahnya segera bangkit khususnya mempertajamkan sentuhan penyudah selepas sering dihimpit masalah berkenaan pada pertemuan dengan Palestin dan Singapura.

Mengikut format, hanya juara setiap kumpulan layak secara automatik ke Piala Asia B-17 yang dijadual berlangsung di Uzbekistan tahun depan. – UTUSAN

The post Skuad B-16 harap padang cantik appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news