LATEST
National

Pengguna aplikasi bank di AS lapor gangguan perkhidmatan

Pengguna aplikasi bank di AS lapor gangguan perkhidmatan

WASHINGTON: Pengguna di Amerika Syarikat (AS) melaporkan gangguan pada beberapa aplikasi perbankan utama dan perkhidmatan perbankan dalam talian semalam.

Baca juga: Ladang cili TDM Agrobiz pertama terima sijil MeSTI

Bagaimanapun, sebuah bank menafikan gangguan itu berpunca daripada serangan siber.

Menurut laman pemantauan Downdetector.com, antara perkhidmatan yang terjejas ialah Bank of America, JPMorgan Chase dan aplikasi pemindahan wang popular, Zelle.

Menurut Downdetector, laporan gangguan meningkat mendadak sekitar jam 2 petang waktu Timur AS (7 malam GMT) sebelum beransur reda.

JPMorgan Chase dalam kenyataan di platform X memaklumkan gangguan sementara itu berpunca daripada masalah perisian pada sistem komputer di premisnya, bukannya serangan siber.

“Proses memberikan perkhidmatan kepada sesetengah pelanggan mengambil masa lebih lama daripada biasa.

“Urus niaga yang membabitkan bank lain mungkin turut terjejas, namun gangguan ini bukan masalah sistemik,” menurut kenyataan itu.

Gergasi perbankan berkenaan turut berjanji untuk memulihkan perkhidmatan sepenuhnya semalam.

Gangguan berkenaan pada awalnya mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlaku serangan siber.

Bulan lalu, platform mata wang kripto Binance menjadi mangsa penggodaman yang menyebabkan kehilangan dana bernilai AS$6.3 bilion (RM25.75 bilion), kes terbesar pernah berlaku dalam sektor mata wang kripto.

Terbaharu, bank Perancis, Credit Mutuel Arkea, turut menjadi sasaran serangan siber sehingga mengalami kerugian kira-kira 100 juta euro (RM448.91 juta).

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news