4 penghuni PUSPEN yang lari sudah ditangkap, mesej tular disahkan palsu

4 penghuni PUSPEN yang lari sudah ditangkap, mesej tular disahkan palsu

harisfadli@hmetro.com.my

Kajang: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menafikan mesej tular mendakwa empat penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Perlop, di Perak yang melarikan diri kononnya berada di Bangi, di sini.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, mereka sudah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung di sekitar Sungai Siput, di Kuala Kangsar, Perak.

“Lanjutan daripada kejadian itu, tersebarnya mesej mendakwa penghuni tersebut berada

di sekitar Bandar Baru Bangi dan dianggap berbahaya kepada orang ramai sekali gus telah menimbulkan keresahan kepada penduduk di kawasan itu.

“Mesej yang tular itu adalah palsu kerana semua penghuni hanya melarikan diri dan berada di sekitar daerah Sungai Siput, Perak sebelum ditangkap semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan dalaman secara menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, termasuk meneliti sebarang unsur kecuaian atau ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas kakitangan terbabit jika didapati berlaku kecuaian atau culas dalam melaksanakan tugas.

Terdahulu tular satu poster memaparkan wajah empat penghuni PUSPEN berkenaan yang meminta orang ramai supaya berwaspada dengan kehadiran mereka.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top