London: Bintang Hollywood, George Clooney bersama keluarganya memaklumkan bahawa mereka terpaksa meninggalkan kediaman mereka di tenggara Perancis akibat kemusnahan kebakaran hutan, lapor PA Media/dpa.
Pelakon berumur 65 tahun itu menyatakan beliau “tidak pasti” sama ada kediaman yang didiami bersama isterinya, peguam hak asasi manusia Amal Clooney, 48, di Brignoles akan terselamat daripada “detik yang amat menakutkan ini”.
Menerusi surat yang diutuskan kepada Datuk Bandar Brignoles, Didier Bremond, Clooney berjanji bahawa beliau dan isterinya komited memberikan bantuan kepada penduduk Brignoles ekoran bencana alam ini.
Pasangan ini mula menetap di kawasan ini pada tahun 2021 selepas membeli hartanah yang dipanggil Clooney sebagai “ladang kami di Perancis”.
Clooney dan Amal bersama anak kembar mereka, Ella dan Alexander, menerima anugerah kerakyatan Perancis pada Disember tahun lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




