Kedai aksesori kenderaan musnah terbakar

Kedai aksesori kenderaan musnah terbakar

suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Subang Jaya: Tiga kenderaan hangus selepas sebuah premis menjual aksesori kenderaan di Jalan USJ 9, di sini, terbakar, malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.47 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dihantar di lokasi.

Katanya, bahagian bawah sebuah bangunan kedai tiga tingkat Kelas A terbakar kira-kira 80 peratus.

“Premis adalah kedai aksesori kenderaan. Tiada mangsa yang terbabit dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.10 malam.

“Kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan oleh anggota bertugas di lokasi,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, tiga kenderaan turut terbabit musnah dalam kebakaran iaitu sebuah motosikal Kawasaki Fulcon, Honda Vario dan sebuah Subaru XV.

“Operasi membabitkan 16 anggota dari BBP Subang Jaya dan BBP Puchong,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top