PRN Negeri Sembilan: BN dijangka kekalkan penguasaan hampir semua kubu tradisi – ILHAM Centre 

PRN Negeri Sembilan: BN dijangka kekalkan penguasaan hampir semua kubu tradisi – ILHAM Centre 

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) dijangka berjaya mengukuhkan penguasaan di hampir kesemua kubu tradisinya menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu.

Menurut dapatan kajian terbaharu ILHAM Centre, kesan itu didorong gelombang politik Melayu-Islam yang lebih tersusun susulan kerjasama yang dibentuk dengan Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, PN juga memperoleh manfaat berganda di kawasan yang ditandingi melalui limpahan undi penyokong BN hasil kerjasama kedua-dua gabungan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Negeri Sembilan: Pengundi India menjauhi PH – ILHAM Centre

PRN Negeri Sembilan: Pengundi Cina tidak lagi beri sokongan automatik kepada PH – ILHAM Centre

PRN Negeri Sembilan: Dapatan kajian ILHAM Centre gariskan tujuh sebab BN-PN dijangka kuasai keputusan pengundian esok

PRN Negeri Sembilan: BN dijangka kekalkan penguasaan hampir semua kubu tradisi – ILHAM Centre

Kesan langsung daripada perkembangan ini ialah BN berjaya mengukuhkan penguasaan di hampir semua kubu tradisinya, manakala PN memperoleh manfaat berganda di kawasan yang ditandingi mereka melalui limpahan undi penyokong BN. Formula ini menjadikan pertandingan lebih mencabar kepada PH berbanding PRN Negeri Sembilan 2023.

“Kesan langsung daripada perkembangan ini ialah BN berjaya mengukuhkan penguasaan di hampir semua kubu tradisinya, manakala PN memperoleh manfaat berganda di kawasan yang ditandingi mereka melalui limpahan undi penyokong BN. 

“Formula ini menjadikan pertandingan lebih mencabar kepada PH berbanding PRN Negeri Sembilan 2023,” kata dapatan firma penyelidik itu bagi PRN Negeri Sembilan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, ILHAM Centre berkata, kesan daripada gelombang sokongan itu, PN juga dilihat memperoleh laba berganda hasil daripada konfigurasi pertandingan yang lebih strategik serta kesan limpahan sokongan Melayu yang semakin tersusun. 

Ujarnya, meskipun hanya bertanding beberapa kerusi, PN berjaya menyumbang kemenangan untuk melengkapkan majoriti selesa gabungan BN-PN.

Kajian lapangan firma penyelidik itu dilaksanakan mulai 18 hingga 30 Julai lalu melibatkan 1,002 responden dengan proses pengumpulan data tersebut merangkumi seluruh 36 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Proses kajian tersebut menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata meliputi semua segmentasi kaum, jantina, umur, tahap pendidikan, tahap pendapatan, pekerjaan dan lokaliti yang berbeza. 

Ujar firma penyelidikan berkenaan, ralat pensampelan kajian ialah 3.1 peratus dengan tahap keyakinan 95 peratus dan data kajian dianalisis secara kuantitatif berstatistik dan kualitatif bertematik. 

Selain itu, analisis statistik terhadap scoresheet keputusan PRU 2022 dan PRN Negeri Sembilan 2023 turut dilakukan untuk mendapatkan perspektif yang lebih mendalam dilaksanakan.

 

Scroll to Top