Wanita cedera jatuh dalam perigi di Pasir Mas

Wanita cedera jatuh dalam perigi di Pasir Mas

am@hmetro.com.my

Pasir Mas: Seorang wanita cedera selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi di Kampung Bata Chicha Tinggi, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun bagaimanapun diselamatkan bomba.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, pihaknya menerima panggilan jam 7.50 pagi berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, susulan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas ke lokasi kejadian dan pihaknya mendapati seorang wanita berada dalam perigi dengan anggaran kedalaman 18 kaki.

“Mangsa kemudiannya dibawa naik dengan menggunakan peralatan menyelamat khas seperti tali.

“Mangsa hanya mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.05 pagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top