Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional selepas mandat diberikan rakyat Negeri Sembilan dalam PRN Negeri Sembilan 2026.
PMX turut merakamkan penghargaan kepada semua pengundi yang telah mengambil bahagian dalam proses demokrasi tersebut.
PMX ucap tahniah kepada Barisan Nasional
Beliau mengucapkan penghargaan setinggi-tingginya kepada seluruh pengundi yang telah bersungguh-sungguh keluar mengundi.
Beliau turut menghargai kepercayaan rakyat Negeri Sembilan kepada Pakatan Harapan dan Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar selama lapan tahun.
Anwar berkata sepanjang tempoh tersebut, Pakatan Harapan telah meninggalkan legasi pentadbiran yang dilihat berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.
Anwar turut menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan dukungan kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




