am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan wanita warga Vietnam yang meninggalkan bayi lelaki baharu dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
Jurucakap JKM Johor Bahru berkata, wanita berkenaan membawa bayi itu ke HSA untuk pemeriksaan kesihatan, namun bertindak meninggalkannya serta gagal dikesan hingga kini.
“Bayi itu berusia sebulan 14 hari. Wanita terbabit membawanya untuk pemeriksaan tetapi gagal tampil untuk menuntutnya.
“Wanita itu gagal dijejaki, malah wakil JKM berusaha ke alamat diberikan namun rumah tidak berpenghuni.
“Kes ini dirujuk oleh Unit Sosial Perubatan HSA pada 26 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan.
JKM meminta wanita berkenaan tampil di Pejabat JKM atau menghubungi pelindung kanak-kanak, Norharyanti Zakaria di talian 07-2282971 bagi membincangkan masa depan bayi terbabit.
© New Straits Times Press (M) Bhd




