am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pihak berkuasa Kastam Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, menyiarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang juruterbang Malaysia Airlines (MAS) didakwa cuba menyeludup dadah jenis MDMA seberat 26 kilogram yang disembunyikan dalam bagasinya.
Menerusi hantaran di akaun Instagram rasmi pihak berkuasa itu, rakaman berkenaan dipercayai menunjukkan proses pemeriksaan terhadap suspek ketika tiba di lapangan terbang berkenaan.
Selain menemui bungkusan disyaki mengandungi dadah seberat 26 kilogram (kg), pegawai kastam turut menemukan sebotol air kencing yang dipercayai disediakan bagi tujuan memanipulasi atau memalsukan ujian saringan dadah.
Kes itu kini dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia.
Dalam perkembangan berkaitan, pemeriksaan terhadap bagasi juruterbang yang ditahan di Indonesia pada 28 Julai lalu tidak membawa kepada sebarang penemuan objek mencurigakan.
Dapatan itu diperoleh hasil pemeriksaan awal ketika juruterbang itu melalui mesin pengimbas bagasi terkini yang dilengkapi sistem teknologi tinggi kecerdasan buatan (AI) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Indonesia.
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Malaysia, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek telah melalui semua proses saringan sebelum menaiki pesawat dan berlepas ke Indonesia.
“Dalam saringan dilakukan sepertimana biasa menggunakan mesin pengimbas, beg dibawa tidak memberi apa jua imej yang mencurigakan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




