“Threads Memang Untuk Umum..Kita Tak Boleh Nak Sentap Atau Koyak” 

“Threads Memang Untuk Umum..Kita Tak Boleh Nak Sentap Atau Koyak” 

Ikon fesyen dan pelakon Wak Doyok berkata setiap individu yang mahu aktif di media sosial perlu sedia dari segi mental dan emosi.

Memetik Astro Gempak, Wak Doyok berkata media sosial adalah platform terbuka untuk orang ramai memberikan pendapat.

BACA: “Adakah Wak Doyok Tu Terpaling Hensem Dekat Malaysia Sampai Boleh Hodohkan Orang?” 

“Threads memang media sosial untuk umum, maknanya tempat orang ramai boleh komen. Kita tak boleh nak sentap ataupun koyak. Kalau tak nak tak nak dikomen, boleh ‘hide’ ruangan komen. Jadi orang boleh ‘like’ sahaja,” katanya.

Sementara itu, Wak Doyok berkata dia seolah sudah kebal dengan kecaman dan kritikan kerana dia yakin rezeki adalah daripada Allah. Tambahnya lagi, kita sendiri yang menentukan setiap hantaran di buat sama ada memberi kesan positif atau mengundang komen toksik.

“Tapi bagi saya kita kena ada interaksi juga dan komen itu boleh membetulkan keperibadian kita. Macam saya dah biasa kena kena hentam. Dah kalis sebab dari dulu lagi. Dah 15 atau 20 tahun. Saya tak dah hairan sebab yakin rezeki itu bukan manusia yang bagi. Rezeki tu Allah yang bagi. 

“Jadi kita terima dengan ikhlas, jangan koyak. Itu saja. Toksik itu semua orang toksik. Tapi macam mana nak buang toksik itu? Bagaimana penulisan kita tak bawa orang toksik masuk.  Kalau penulisan kita positif, positiflah.  Tapi kalau kita mengajar orang memfitnah, mengajar orang buat kejahatan, toksik akan datang. Itu saja,” katanya.

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top