Oh! Tidak
Tiga rakyat Malaysia ditahan di Thailand selepas 87 kilogram syabu bernilai kira-kira RM4.3 juta ditemui dalam bagasi.
Upah RM8,000 seorang mungkin nampak lumayan, tetapi perjalanan tiga rakyat Malaysia ini akhirnya berakhir di tangan polis Thailand.
Ketiga-tiga mereka ditahan di Stesen Hat Yai selepas pihak berkuasa menemukan 87 kilogram syabu bernilai kira-kira RM4.3 juta disembunyikan dalam bagasi yang dibawa.
Tiga rakyat Malaysia ditahan ketika tiba di Hat Yai

Menurut jurucakap polis Thailand, operasi itu dijalankan bersama unit pencegahan narkotik Polis Hat Yai, pasukan polis kereta api, polis pelancong dan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Wilayah 9.
Suspek yang dalam perjalanan dari Bangkok ke Hat Yai dipintas sebelum pemeriksaan dilakukan terhadap barangan yang dibawa mereka. Hasil pemeriksaan menemukan dadah jenis methamphetamine kristal atau syabu.
Anggota menemukan dadah methamphetamine kristal (syabu) disembunyikan dalam tiga beg pakaian beroda dan tiga beg galas.- Katanya.
Ditawarkan upah RM8,000 seorang

Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek dipercayai ditawarkan upah sebanyak RM8,000 seorang untuk membawa dadah itu ke lokasi yang ditetapkan. Dadah berkenaan pula dipercayai akan dihantar kepada sebuah sindiket pengedaran dadah di Malaysia.
Pihak berkuasa Thailand kini sedang mempergiatkan siasatan bagi mengenal pasti dalang serta rakan subahat sindiket pengedaran dadah rentas sempadan itu, sama ada di Thailand atau luar negara. Ketiga-tiga suspek kini disiasat mengikut undang-undang dadah Thailand.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




