Pengumuman Data IHP dijangka ganggu pasaran kewangan global muka bumi – JustMarkets

Pengumuman Data IHP dijangka ganggu pasaran kewangan global muka bumi – JustMarkets

Kuala Lumpur : Pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) yang bakal dikeluarkan dalam masa terdekat dijangka menjadi fokus utama pelabur dan pedagang global susulan kebimbangan terhadap tekanan inflasi yang kembali meningkat akibat kenaikan harga tenaga.

Firma dagangan global, JustMarkets menerusi analisis pasaran terbaharunya memaklumkan, perkembangan itu berpotensi mempengaruhi keputusan bank-bank pusat utama mengenai dasar monetari, sekali gus memberi kesan langsung kepada pergerakan pasaran kewangan dunia.

Menurut JustMarkets, selepas tempoh inflasi menunjukkan tanda mereka sebelum ini, peningkatan harga minyak, gas asli dan sumber tenaga lain kembali mencetuskan kebimbangan terhadap kenaikan kos sara hidup serta operasi perniagaan.

Peningkatan kos pengangkutan, pengeluaran, logistik dan rantaian bekalan itu akhirnya dipindahkan kepada pengguna menerusi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Wakil JustMarkets berkata, data IHP yang bakal diumumkan akan menjadi petunjuk penting kepada hala tuju dasar bank pusat kerana ia memberi gambaran jelas mengenai tahap tekanan inflasi semasa.

“Apabila inflasi kembali meningkat didorong oleh harga tenaga, pedagang perlu terus berwaspada. Pengumuman IHP yang akan datang akan menjadi pemangkin utama kepada turun naik pasaran dan berpotensi mempengaruhi keputusan dasar bank pusat,” katanya dalam analisis berkenaan.

Firma itu menjelaskan, bacaan inflasi yang melebihi jangkaan lazimnya meningkatkan kemungkinan bank pusat menaikkan kadar faedah bagi mengawal harga, manakala bacaan lebih rendah boleh membuka ruang kepada pelonggaran dasar monetari.

Perubahan jangkaan terhadap kadar faedah itu dijangka memberi impak kepada beberapa kelas aset utama termasuk dolar Amerika Syarikat ($AS), pasaran bon, emas, komoditi dan ekuiti.

Pasaran pertukaran asing (forex) dijangka menjadi antara yang paling sensitif, khususnya membabitkan pasangan mata wang utama seperti EUR/$AS, GBP/$AS dan $AS/JPY.

Selain itu, instrumen kontrak untuk perbezaan (CFD) emas turut dijangka mengalami perubahan harga pantas berikutan logam berharga itu dipengaruhi oleh jangkaan inflasi, kadar faedah sebenar dan kekuatan $AS.

Bagi pasaran saham, inflasi tinggi berpotensi meningkatkan kos pinjaman syarikat serta memberi tekanan kepada penilaian saham, manakala inflasi yang lebih rendah biasanya menyokong sentimen pelabur.

Sehubungan itu, JustMarkets menasihatkan para pedagang supaya membuat persediaan rapi berikutan tempoh pengumuman IHP lazimnya berdepan volatiliti pasaran tinggi, jurang spread dagangan lebih luas serta risiko slippage yang lebih besar.

Tambah firma itu, inflasi dijangka kekal menjadi pemacu utama pasaran kewangan sepanjang 2026.

Bagaimanapun, pelabur diingatkan bahawa dagangan instrumen kewangan membabitkan risiko tinggi dan memerlukan kefahaman penuh sebelum sebarang keputusan dibuat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top