PUTRAJAYA – Sidang khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji Selasa depan akan diadakan secara berterusan tanpa waktu rehat berikutan minat tinggi ahli Parlimen untuk mengambil bahagian.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, setakat ini dianggarkan antara 35 hingga 40 ahli Parlimen telah menyatakan kesediaan untuk membahaskan laporan berkenaan.
Menurutnya, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul turut bersetuju supaya sidang khas itu berlangsung secara berterusan tanpa waktu rehat.
“Jemaah Menteri telah dimaklumkan bahawa Speaker telah bersetuju bahawa sidang ini akan diadakan secara berterusan tanpa waktu rehat.
“Pada ketika ini dianggarkan sekurang-kurangnya 35 hingga 40 orang ahli Parlimen telah menyatakan kesediaan dan minat untuk membahaskan isu tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Rabu.
AKAN MENYUSUL



