“Dia Mahu Saya Jadi Hamba S*ksnya” – Jururawat Dakwa Bekas Kekasih Ugut Sebar Video Gara-Gara Minta Putus | Oh! Tidak – Oh! Media

“Dia Mahu Saya Jadi Hamba S*ksnya” – Jururawat Dakwa Bekas Kekasih Ugut Sebar Video Gara-Gara Minta Putus | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Wanita dakwa diugut bunuh bekas kekasih selepas enggan sambung hubungan, video intim turut disebar.

Gara-gara enggan kembali menjalin hubungan, seorang wanita mendakwa hidupnya kini dibayangi rasa takut selepas menerima ugutan daripada bekas teman lelakinya.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Nini mendakwa bekas kekasihnya bukan sahaja ugut untuk membunuhnya, malah memukul dan mengancam untuk menyebarkan video intim mereka.

Teman lelaki menagih dadah, tak bekerja

Katanya, dia mula mengenali lelaki berusia 27 tahun itu sebagai teman lelaki pada awal tahun ini. Nini bekerja sebagai jururawat di Singapura dan menetap di Larkin Idaman, Johor.

Ugut

Pada mulanya, hubungan mereka berjalan baik sebelum dia mula melihat perkara yang membuatkannya nekad untuk berpisah.

Hubungan selama lima bulan itu akhirnya berakhir selepas dia mendakwa lelaki berkenaan mengambil dadah dan tidak bekerja sepanjang mereka bersama.

Namun, keputusan untuk menamatkan hubungan itu didakwa tidak diterima baik oleh bekas teman lelakinya.

Selepas menyatakan hasrat tidak mahu lagi meneruskan perhubungan, saya diugut dan juga dipukul bekas teman lelaki. Keluarga teman lelaki saya juga masuk campur dan suruh kami berbaik semula. Teman lelaki saya ugut jika tidak mahu bersama-samanya lagi, dia mahu bunuh saya dan mengakui dia seorang ahli kumpulan kongsi gelap.

Keadaan menjadi lebih menakutkan apabila Nini mendakwa ibu kepada bekas teman lelakinya turut memberi tekanan kepadanya.

Remaja Wanita 15 Tahun Diugut Kenalan Lelaki
Sekadar gambar hiasan

Ibu teman lelakinya ugut mahu menyebarkan foto dan video hubungan intim mereka sekiranya Nini tetap dengan keputusan untuk tidak kembali bersama bekas kekasihnya.

Nini mendakwa bekas teman lelakinya kemudian menyebarkan foto serta video berkenaan di TikTok. Nini berkata, perkara itu selesai selepas bekas teman lelakinya hadir ke balai polis selepas satu laporan dibuat.

Ketika itu, teman lelakinya memadam semua foto serta video daripada telefon bimbitnya. Lepas insiden itu, teman lelakinya dikatakan kembali mengancam mahu menyebarkan semula foto dan video intim mereka.

Nini kemudian membuat laporan polis kedua di IPD sama pada 19 Julai lalu selepas foto dan video intim itu didakwa disebarkan kepada ibunya, ahli keluarga serta bapa saudaranya.

Bekas teman lelaki saya kata, jika tidak mahu jadi teman wanitanya semula, saya boleh ‘bersamanya’ lagi supaya foto dan video tidak terus disebarkan dalam media sosial. Dia mahu menjadikan saya hamba seksnya.

Nini terpaksa tampil ke hadapan mendakwa pihak polis tidak mengambil tindakan susulan walaupun laporan sudah dibuat. Kali terakhir dia diugut adalah pada Isnin lalu.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top