Penanaman padi dua generasi berturut-turut dijayakan di stesen angkasa lepas China

Penanaman padi dua generasi berturut-turut dijayakan di stesen angkasa lepas China

BEIJING – Penanaman padi untuk dua generasi berturut-turut berjaya dilaksanakan di Stesen Angkasa Lepas China, ‘Tiangong’, sekali gus memperluas penyelidikan berkaitan pengeluaran makanan di angkasa lepas.

Kejayaan itu dicapai selepas kru kapal angkasa Shenzhou-23 yang bertugas di stesen angkasa lepas itu menuai sekumpulan padi baharu untuk kegunaan percubaan pada fasa seterusnya.

Kejayaan China mengendalikan makmal pertama di dunia bagi penanaman padi dua generasi secara berterusan di orbit itu menandakan bahawa kitaran lengkap “daripada benih kepada benih, dan seterusnya kepada benih baharu” telah diwujudkan di angkasa lepas.

Penyelidikan menerusi makmal berkenaan berpotensi menyediakan sokongan teori bagi pengeluaran bijirin di luar Bumi, termasuk menghasilkan makanan ruji di angkasa lepas tanpa bergantung kepada bekalan logistik dari Bumi serta mewujudkan sistem kitar semula yang tidak bergantung kepada bekalan dari Bumi bagi menjamin keperluan kelangsungan hidup angkasawan dalam misi penerokaan angkasa lepas yang lebih jauh pada masa hadapan. – Bernama-CMG

 

 

 

Scroll to Top