Pelakon Uqasha Senrose berkata dia tiada masalah bergandingan dengan aktor sensasi Aliff Aziz dan dia tiada hak menyekat rezeki orang lain.
Memetik HibGlam, Uqasha berkata dia juga banyak kekurangan dan tidak takut untuk bekerjasama dengan Aliff yang banyak terpalit kontroversi sebelum ini.
BACA: “Kalau Nak Pasangan Baik, Mestilah Saya Kena Jadi Baik”
“Siapalah saya untuk katakan tidak kepada rezeki orang? Sudah tertulis itu adalah rezeki dia (Aliff). Tiada istilah takut untuk bekerjasama dengan Aliff disebabkan kisah peribadinya. Macam saya ini baik sangat. Saya pun pendosa yang pernah buat kesilapan,” katanya.
Sementara itu, Uqasha turut menyifatkan Aliff seorang pelakon yang profesional dan tiada cerita tidak baik mengenainya sepanjang penggambaran.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar daripada mula sehingga habis penggambaran. Tak ada dengar pun cerita tak baik tentang Aliff. Kalau ada pasti sudah menjadi buah mulut orang,” katanya.
Selepas beberapa tahu menyepi susulan kontroversi rumah tangganya, Aliff Aziz bakal muncul dalam drama terbaru, Madu Atau Racun bergandingan dengan Uqasha dan Elisya Sandha.
Sumber: HibGlam




