hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan membabitkan lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 8 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berkata, ramalan cuaca itu dijangka berlaku di Perak membabitkan kawasan Larut Matang, Kerian, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Kuala Kangsar, Muallim, Batang Padang, Kampar, Kinta dan Manjung.
Menurutnya, Kelantan dijangka membabitkan Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas, manakala Terengganu di Kemaman, Dungun, Marang dan Kuala Terengganu.
“Ramalan sama dijangka berlaku di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Rompin, Pekan, Jerantut dan Lipis selain Selangor di Petaling, Gombak, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.
“Selain itu, Kuala Lumpur, Johor (Kulai, Pontian, Kluang, Mersing, Tangkak, Segamat, Johor Bahru dan Kota Tinggi serta Sarawak membabitkan Miri (Marudi, Bario dan Telang Usan), Limbang, Kuching (Kuching dan Bau),” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Katanya, ramalan sama turut dijangka membabitkan Sabah iaitu di Sandakan (Tongod dan Kinabatangan), Tawau (Kalabakan), Pedalaman (Pensiangan, Tenom, Sipitang, Keningau, Sook, Beaufort, Kuala Penyu dan Membakut) serta Labuan.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu keluaran.
© New Straits Times Press (M) Bhd




