Jetstar umum caj untuk ruang simpanan atas tempat duduk

Jetstar umum caj untuk ruang simpanan atas tempat duduk

Sydney: Langkah syarikat penerbangan tambang murah Jetstar mengumumkan caj tambahan bagi penggunaan ruang simpanan atas tempat duduk penumpang (overhead locker) menerima reaksi bercampur-campur daripada rakyat Australia, dengan sesetengahnya menyuarakan kemarahan, manakala yang lain menyokong perubahan berkenaan, lapor BBC.

Bermula Februari tahun depan, Jetstar bakal menghapuskan had berat tujuh kilogram bagi bagasi kabin percuma.

Sebagai ganti, semua penumpang hanya dibenarkan membawa satu beg kecil yang muat diletakkan di bawah tempat duduk hadapan.

Penumpang yang mahu membawa beg lebih besar ke dalam kabin perlu membayar caj tambahan untuk ruang simpanan berkenaan, yang turut merangkumi kemudahan keutamaan menaiki pesawat (priority boarding).

Menurut Jetstar, dasar baharu ini dilaksanakan hasil kaji selidik dan maklum balas meluas, selain sejajar dengan amalan syarikat penerbangan tambang murah yang lain.

Bagaimanapun, pengumuman itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

Malah, ada pengguna yang secara sinis menyoal sama ada syarikat penerbangan itu selepas ini akan mula mengenakan bayaran bagi penggunaan tandas.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top