Prosiding lafaz cerai membabitkan Syida Melvin di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor hari ini terpaksa ditangguhkan kerana pelakon dan usahawan itu berada dalam keadaan tidak suci (haid).
Memetik Astro Gempak, peguam syarie mewakili Syida berkata pihak defendan telah menyatakan persetujuan untuk melafazkan cerai, namun prosiding tidak dapat diteruskan atas faktor syarak.
BACA: “Dasar Narsistik! Aku Jadi Pengemis Dalam Syarikat Sendiri” – Syida Melvin Dakwa Dianiaya Suami?
“Alhamdulillah hari ini kita sudah selesaikan laporan JKP tapi ada pihak defenden ada mengutarakan pendirian mereka yang dia bersetuju untuk melafazkan cerai.
“Namun kes ini terpaksa ditangguhkan pada 12 Ogos untuk tarikh pihak defendan lafazkan cerai kerana Syida dalam keadaan tidak suci (haid). Alhamdulillah kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik,” katanya.
Sementara itu, Syida berkata dia tidak sangka rumah tangga yang dibina berakhir dengan perceraian namun dia menerima dengan segala ketentuan.
“Saya pun tak sangka (penceraian) perkara ini akan berlaku tetapi semuanya sudah tertulis. Bagi saya, rumah tangga kami sudah tidak boleh diselesaikan. Lama juga saya simpan rahsia ini tapi lama-kelamaan saya tidak mampu untuk terus berahsia.
“Mungkin isu yang viral tempoh hari (perkongsian di media sosial) adalah kerana emosi sebab mengenangkan apa yang berlaku pada saya dan anak-anak,” katanya.
Dalam pada itu, Hakim syarie menetapkan 12 Ogos ini sebagai tarikh baharu untuk lafaz cerai.
Sumber: Astro Gempak




