BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Baharu masuk Malaysia

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Baharu masuk Malaysia

lizamridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Baharu, model pertama berasaskan platform Neue Klasse yang memasuki pasaran Malaysia.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, model itu turut mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai World Car of the Year dan World Electric Vehicle of the Year 2026, sekali gus menandakan permulaan era baharu bagi kenderaan elektrik (EV) premium BMW.

“Menggabungkan prestasi pemanduan, teknologi kecerdasan buatan (AI), ekonomi kitaran dan pengalaman digital generasi baharu, sekali gus menjadi penanda aras baharu untuk masa depan jenama itu,” katanya ketika pelancaran model itu, hari ini.

Model berkenaan menggunakan teknologi BMW eDrive Generasi Keenam berasaskan seni bina 800 volt dengan bateri 108.7 kWjserta dua motor elektrik yang menghasilkan 345 kW (469 hp) dan 645 Nm.

Ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 805 kilometer (WLTP), manakala pengecasan pantas 400 kW mampu menambah sehingga 372 kilometer dalam masa 10 minit.

Di ruang kabin, BMW iX3 Baharu menampilkan sistem BMW Panoramic iDrive dengan paparan Panoramic Vision, 3D Head-Up Display dan skrin tengah 17.9 inci, selain dipadankan dengan BMW Intelligent Personal Assistant berasaskan AI.

Model itu turut dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan dan bantuan pemanduan seperti Driving Assistant Plus, Parking Assistant Professional, kamera 360 darjah, BMW Digital Key Plus, Apple CarPlay dan Android Auto.

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Baharu dijual pada harga RM378,800 (atas jalan tanpa insurans).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top