Sebelum ini, seorang juruterbang dari Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta selepas didakwa cuba membawa masuk dadah ke negara itu.
BACA: PDRM Kesan Individu Didakwa Bersubahat Dengan Juruterbang Seludup Dadah
Kes tersebut mencetuskan perhatian ramai kerana melibatkan individu yang dikaitkan dengan syarikat penerbangan negara, namun Malaysia Aviation Group (MAG) tampil memberi penjelasan berhubung peranan juruterbang berkenaan ketika kejadian.
Hanya duduk di jump seat
Memetik laporan Harian Metro, MAG menjelaskan pegawai kedua yang ditahan itu tidak terlibat dalam mengendalikan penerbangan berkenaan.

Sebaliknya, individu tersebut hanya berada di kerusi tambahan dalam kokpit atau jump seat sebagai pemerhati.
MAG turut menjelaskan bahawa juruterbang terbabit bukan sebahagian daripada kru operasi yang menerbangkan pesawat pada waktu kejadian.
Individu berkenaan juga tidak bertugas selama dua hari sebelum kejadian itu. Pesawat terbabit dikendalikan dengan selamat pada setiap masa oleh dua juruterbang operasi yang bertauliah.
Dalam penjelasan sama, MAG menegaskan penerbangan tersebut berada dalam keadaan selamat sepanjang masa kerana ia dikendalikan oleh dua juruterbang operasi yang mempunyai kelayakan.

Terdahulu, media melaporkan keputusan ujian air kencing juruterbang itu didapati positif methamphetamine, MDMA dan kokain.
Semasa ditangkap, pegawai kastam menemui 14 bungkusan berisi pil ekstasi melebihi 70,000 biji di dalam bagasi juruterbang itu. Di dalam beg tangan pula ditemui empat gram methamphetamine yang dipercayai untuk kegunaan peribadi.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




